Kongsi Resepi

Wednesday, May 30, 2012

Nachos Cheese Powder

*sticky post

3 Langkah Mudah :-

1
ORDER
Email ke zura1827@yahoo.com utk pertanyaan harga..
Jika confirm nyatakan berapa kuantiti yang nak.. 
2
BAYAR
Buat bayaran ke salah satu akaun yg diberi (maybank@cimb)
3
POS
 Setelah pengesahan bayaran dibuat, proceed pos barang..
No track akan diberi..


MAKLUMAN & PERINGATAN !!!
 
Barang akan dipos setelah bayaran diterima..

Customer dinasihatkan utk follow-up dgn Pos Laju jika brg anda tak sampai lebih dr 3 hari..
No track akan diberi setelah pengeposan brg dibuat.

And... tolong lah msg or email sy kembali jika brg anda dh selamat sampai di tgn anda..

~Terima Kasih~

Sunday, May 27, 2012

Attention all bakers : saper tau punca dan penyelesaiannya...help me.. TQ

Assalamualaikum...

Aku ada pertanyaan skit..
utk sesiapa lah yang tau... punca dan cara nk selesaikan..
dari dulu aku baking.. mmg menghadapi masalah nie..
so skrg teringat lah..
nk tnye.. anda2 yg tau pasal masalah nie..

Biler bakar cupcakes dlm papercup/paperliner..
KENAPA ia mudah lekang/terbukak ???...


huhuhuhuhu..

If ada sesiapa yang sudi nk bantu aku..
please erk..
nk sgt tau puncanya..
adakah sebab adunan..
adakah sebab suhu oven..
atau..
adakah sebab aku????...
waaaaa.. apa salahku.. huhuhu..

Tolong erk kawan2 yg budiman..
jasamu amat ku kenang..
i lap u ketat2 lah!... =D

Terima Kasih~

Friday, May 25, 2012

Black Forest Cake ~ fiza

Assalamualaikum...

Tiada kata seindah bahasa..
so.. sy x nk berkata byk utk entry nie..
sbb sy malas dan x de mood..
ngantok pon ye.. huhuhu..
baru berkesempatan nk upload kek nie..
tempahan dari office-mate, fiza..
teringin nk makan kek katanyer..
dh byk kali fiza tempah..
and kali ni dia nk cuba black forest cake..
moga fiza suka dan puas hati..
bye semua...~





Wednesday, May 23, 2012

Nasi Arab - Kabsa Kambing

Assalamualaikum..

Ni kali ke dua aku buat nasi kabsa nie..
tp yg pertama dulu..
tiada kesempatan betol nk snap gambo..
ada snap guna phone je..
tu pon gambo nasi je..

This time pon mcm x snap betol2..
nasi snap dari dlm periuk..
dh x sempat nk posing 1 set semua dlm satu pinggan..

Aceli buat Nasi Arab ni utk makan2 kami anak beranak..
Mak Abah request soh buat..
ajak Abang Long dgn Abang Ngah dinner kt umah kami malam aritu..

Alhamdulillah..
semua suka.. dan alhamdulillah..
kejadian kali ni sgt menggembirakan..

Yg mula2 aku buat dulu..
aku amik dr resepi kak Raidah..
then utk kali ke dua..
kononnya nk ikut resepi dlm buku chef norzailina
 belek2 rupenyer sama je resepinya..

Jom kita tgk resepi dulu.. 


NASI ARAB KABSA KAMBING/AYAM

Bahan-bahan:

1 ekor ayam (dibelah 2) @ 1 kg daging kambing + tulang
3 pot/cwn beras basmati ~ cuci dan rendam 30 mionit, toskan
4 1/2 pot/cwn @ secukupnya air panas
2 sudu minyak masak
1 sudu minyak sapi
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
1 biji bawang besar - dipotong dadu
3 ulas bawang putih - dipotong dadu
1 batang karot ~ diparut
1 biji buah tomato - dikisar
2 sudu tomato puri
1/2 sudu kecil pewarna kuning (saffron)
1 sudu besar rempah kabsa
1 biji lemon hitam/kering - dicucuk bahagian tengahnya.
1 biji lada bengala merah (red capsicum) ~ dipotong dadu
1 sudu kecil lada hitam biji/serbuk
2 biji cili merah ~ jgn potong
1/4 cawan kismis
Garam secukup rasa dan gula (kalau suka)


Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak dan minyak sapi. Tumiskan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga, bawang putih dan besar dan goreng sehingga wangi.
2. Masukkan buah tomato, tomato puree, lemon, saffron dan rempah kabsa dan goreng sebentar.
3. Kemudian masukkan ayam dan masak sehingga ayam masak. Tambahkan garam secukup rasa dan juga gula.
4. Masukkan karot, capsicum, cili merah, kismis dan beras. Masukkan air panas secukupnya dan masaklah nasi sehingga masak.
5. Kacau/gembur nasi bila nasi betul2 masak, selepas 30 minit supaya nasi tidak hancur.

Sos:

~ Kisarkan tomato, cili besar hijau, batang ketumbar, gula, garam dan perahan lemon kuning. 
 
REMPAH KABSA
Bahan - bahan:
1 sudu makan bunga cengkih **
1 sudu makan lada hitam **
1 sudu makan jintan manis **
1 sudu makan jintan putih **
2 sudu makan biji ketumbar **
1 sudu makan buah pelaga **
1 sudu buah pelaga hitam (black cardamom pods) **
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh kunyit

Cara penyediaan:

1. Goreng tanpa minyak bahan2 yg bertanda ** sehingga naik bau dan angkat.
2. Kemudian kisar semua bahan sehingga hancur.
3. Simpan rempah yg telah dikisar didalam bekas yg kedap udara.

Jika tiada buah pelaga hitam, boleh gantikan dgn buah pelaga biasa. Serbuk rempah ini boleh juga digunakan pada semua masakan ala arab termasuklah ayam dan daging.

** Didalam resepi asal, halia dicampurkan sekali. Saya tidak masukkan halia sebab rempah2 diatas adalah kering dan boleh disimpan lama. Masukkan halia semasa nak msk makanan.

Salad sayur

Salatah Hara

yg ni nk buat salad buah.. belum campur yogurt lg nie..

Tuesday, May 22, 2012

Alhamdulillah... dipjgkan umur bertemu Rejab lagi..

Assalamualaikum..


"Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya'aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.

 Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya. 

Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hamba-Mu dan aku dalam genggaman-Mu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepada-Mu sekadar kemampuan yang ada padaku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. 

Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah."


Istighfar paling baik dalam bulan Rejab:
 
Maksudnya: "Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya."

Kesimpulannya, bulan Rejab merupakan sebuah bulan yang banyak keistimewaannya yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada umat-Nya, kerana Rejab adalah bulan Allah. Pintu rahmat terbuka luas kepada umat-Nya untuk bertaubat dan memohon ampun di atas dosa-dosa yang lepas. Namun begitu, suka diingatkan bahawa kita perlu mengerjakan segala amalan yang dituntut ini dengan sifat ikhlas, rendah diri dan tawwaduk agar ganjaran yang akan diperolehi itu ada keberkatannya.

Beramalah menurut kemampuan masing-masing, jika tidak dapat melaksanakannya janganlah ditinggalkan semuanya.

Sabda nabi:

"sampaikan dariku walaupun satu ayat"

Monday, May 21, 2012

Kerabu Tomato & Sotong Bakar

Assalamualaikum..

Kalau xtau nk masak sayur ape utk lunch atau dinner..
mmg pilihan aku ini laa.. 
mudah, ringkas dan yg penting sedap..

Kerabu Tomato..
dari dulu.. mmg ini la yg selalu aku buat..
x susah pon..
jom buat!... ;)



KERABU TOMATO

Bahan :-
2 biji Tomato (jgn guna yg lembik, x sedap)
Bawang besar - hiris halus
Ikan Bilis dan Kacang Tanah secukupnya - goreng
Beberapa biji Cili Api - ikut tahap kepedasan masing2 ye
Beberapa tangkai Daun Ketumbar
Sedikit perahan limau
Garam secukupnya

Cara:-
Tomato dipotong dadu.. Gaulkan semua bahan sehingga rata.. Perasakan dgn garam dan perah sedikit limau.
Siap.



Memandangkan stok sotong ada byk kt rumah..
apa lagi..
aku buat sotong bakar..
sebelum tu dh buat sambal tumis sotong..

dh lama mengidam nk makan sotong bakar..
dh ada stoong fresh ni.. terus je buat..



SOTONG BAKAR

Bahan :-
4 ekor sotong size sederhana besar - cuci bersih
Rempah Kari
Rempah Beriyani
Serbuk Cili
Serbuk Kunyit
Serbuk Lada Hitam
Hirisan daun kunyit

Cara:-
Sotong dikelar jgn putus ye..
Kemudian gaulkan semua bahan sehingga rata pada sotong..
dan perap seketika..
Bakar di atas non-stick pan..
Tak perlu bakar lama.. nnti sotong liat.. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...